Sunday, August 19, 2007

2nd BM Post

Hari ini saya akan ber-blog dalam bahasa melayu. Sempena hari kemerdekaan negara saya yang ke 50, saya telah berjanji kepada diri sendiri untuk ber-blog dalam bahasa melayu satu kali sebulan dari bulan Jun sehingga bulan kemerdekaan negara saya, iaitu bulan Ogos.

Blog melayu pertama saya dapat dibaca di sini. *klik*

Pada Rabu yang lalu, saya, Ron, dan Shariman telah pergi berjoging! Yay! Ini adalah permulaan usaha kami sekalian untuk mengurangkan berat badan kami. Kami telah pergi ke tempat letak kereta Dewan Suarah, tempat kami selalu mengadakan latihan kawad (Marching) kami ketika di sekolah menengah dahulu.

Apabila sampai di sana, saya diam sejenak. Alangkah manisnya memori yang saya ada di dewan suarah ini. Selain pergi ke dewan suarah untuk latihan kawad, dewan suarah Kuching juga merupakan rumah kepada perpustakaan dewan suarah yang telah menjadi kunjungan banyak pelajar apabila belajar untuk peperiksaan PMR, SPM, atau STPM yang lalu...tetapi, sekarang perpustakaan itu telah lama berpindah. Kini tidak kelihatan lagi wajah pelajar yang tertekan berjalan tidak tentu arah demi menghafal definisi moral, ataupun formula matematik tambahan yang panjang lebar. Yang menggantikan tempat perpustakaan ialah satu gimnasium Majlis Sukan Negeri Sarawak. Bayaran masuk sekali ialah RM10, dan bayaran ahli bulanan ialah RM60 sebulan. MAHAL!!!!

Dengar khabar, perpustakaan dewan suarah telah berpindah ke tempat lain, iaitu ke 'Central Park', tempat berdekatan rumah Ronnie. Akan tetapi, kami telah pergi mencari sehari suntuk untuk perpustakaan itu tanpa membuahkan sebarang hasil.

Balik ke topik tadi, bermula dari minggu ini, saya dan geng saya telah bertekad untuk pergi bersenam setiap hari Rabu, tidak kira untuk berjoging, ataupun berenang, ataupun kedua-duanya sekali. ^_^

Moga moga janji saya terhadap diri sendiri dapat ditunaikan, iaitu untuk mengurangkan berat badan saya ke tahap yang memuaskan.

Oleh sebab bulan lalu (bulan Julai) saya *lupa* untuk ber-blog dalam bahasa melayu, saya akan ber-blog dua kali bulan ini ^_^

Semoga anda semua sokong saya!

Malaysia Boleh!

3 comments:

Desmond Douglas Jerukan said...

Sentiasa menyokong blog anda...jangan risau.... :) Teruskan kegemilangan Blog anda dan Ceria Ceria selalu

Anonymous said...

haha... pergi pergi (go go) yin!
bahasa saya sudah basi. Utk komen ini pun perlu fikir lama lama. Macam ada direct translasi dr bahasa ingris. xDDD

Semoga berjaya dgn misi anda!

*lap sejuk peluh* (Wipes cold sweat)

choulyin.tan said...

Desmond
Terima Kasih! Saya akan lebih berusaha untuk blog saya =)

annna
haha, ya, sangat susah untuk taip dalam bahasa melayu kan? setelah sekian lama tidak menggunakan bahasa ini, sudah berkarat dah..^_^ lol..